Marah ker?

Dia marah aku ker? Sejak semalam aku try call hp dia.. dia off. Arkkhhh tension kekadang rasanya. Sometimes pikir better duk sensorang.. lagi senang. Bila dah berdua nie, apa jua benda yg nak buat kena pikir pihak satu lagi.

Salah ker semalam aku luahkan apa yg aku pendam? Salah ker? Eeeii inilah yg aku ckp, bila dah berdua nie keadaan jadi complicated laks... geram aku tau!!! Niat aku nak perbaiki keadaan... tapi nampaknya dia marah laks.. tapi tak tahu gaks nie marah ker apa... tapi yg penting handphone dia takleh dihubungi... eeeeeiii sakitnya jiwa aku... aku penatlah dengan keadaan camtu... cukuplah pengalaman lepas.. aku tak mau alami dah... :((

Merisik or Bertunang?

Kekadang terasa macam nak tampar2 pipi aku nie utk sedarkan aku.. adakah benar apa yg sedang berlaku sekarang.. Jgnkan orang luar.. aku sendiri seakan tak percaya dengan apa yg berlaku dalam sekelip mata.

Well.. for your information.. this coming 16th August, aku akan pulang ke kampung halaman and rombongan pihak lelaki akan datang bertandang utk majlis merisik. Yup.. finally aku akan memulakan the first step dalam membina sebuah keluarga. Sehingga saat ini kekadang aku terpikir biar benar nie?? Betul ker keputusan aku nie?

Finally semalam.. cincin merisik and bertunang dah di beli. Actually aku ingat akan beli cincin merisik jer dulu.. but dia dah beria nak beli cincin bertunang sekali.... Aku laks actually dalam keadaan tak puas hati ngan dia.. and terkejut.. so finally aku bersetuju jer.. Masa aku tgk dia bayarkan cincin tu.. terdetik dalam hati aku.. "Betul ker nie? Finally dah beli cincin... so aku dah tak boleh buat perangai dah nie..." Ayyyyoooo....

It's a new journey

Alhamdulillah... finally it's my turn nak face semua nie... n sememangnya aku betul2 tak sangka dengan segala apa yg berlaku nie coz semuanya sekelip mata. Memang kekadang bila aku fikirkan mmg aku rasa macam tak percaya dengan nie semua...

Dia, aku kenali satu ketika dahulu... tak pernah aku sangka yg dia bakal menjadi hubby aku and sehingga ke saat ini pun sometimes aku masih tidak percaya dengan apa yang bakal berlaku. Aku tak tahu macammana hati ini boleh terbuka utk menerima dia mengisi kekosongan di dalam hati aku ini dan seterusnya hati ini terbuka utk menerima dia sebagai suami kepada diriku dan juga insyaALLAH seorang ayah kepada anak2 aku nanti.

Ya ALLAH, Thanks dengan ketentuan ini. Sebagaimana doa2ku sebelum ini, aku bersyukur dan redha dengan segala ketentuan dan pemberianMu ini kepada diriku. InsyaALLAH akan aku jaga perhubungan ini sebaiknya kerana aku yakin Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaMu ini. Amin ya rabbal alamin...