Misc...

Sekarang dah tiba masanya utk aku tumpukan perhatian pada benda2 yg kecik lak. Aku adalah buat list persiapan benda2 yg kecik yg perlu aku ambil perhatian. Ayyyoo.. yg kecik2 nie bila di kira2.. leh tahan jadi besarnya.. byk gak lagi tak settle nie. So, slowly.. aku and dear beli apa2 yg patut.. THANKS pada dear coz sometimes dia nak temankan aku uruskan semua benda. Macam aritu teman aku carikkan barang2 utk bilik pengantin.. pastu semalam temankan aku tempah langsir. Syukur gak ler coz aku dapat bakal suami yg nak ambik tahu persiapan perkahwinan we all. Jgn tak caya tauuu... bunga telur pihak dia, dear dah siapkan dah.. Huhuhu.. aku rasa aku mengalah ahh.. beli siap jer.. takde masa ahh.. sekarang aku betul2 takde masa free.. tak buat show, takde duit laks.. padahal time2 camnielah aku memerlukan duit. Huhuhuhu...

Alhamdulillah jugak.. lately nak kata tak gaduh langsung takdelah.. tapi ada gak ler sentap2.. gaduh2.. bertikam2 lidah.. tapi oklah.. boleh di bawa berunding lagi. Aku perasan benda nie sejak balik kampung aritu. Oklah dear boleh di bawak berbincang gak ler.. kekadang ada gak tak puas hati sikit2.. tapi cam lepas tu ok.. takdelah gaduh yg kaw2 lagi dah.. n really2 hope dah takdelah gaduh2 yg besar2 tu.. dah dekat nak kawin dah. Huhuhuhu... i love you so much dear..

Yeaaaayyy...

gelagat lepas dah settle permohonan di pejabat agama! yeayy..

inilah rupa pejabat agama islam daerah dungun

.....dah bleh kawin dah.. hehehee... huhuhu.. lama giler nak tunggu aku update blog kan? Ahaks.. Bukan apa, aku busy giler ahh sekarang nie.. mana aku busy dengan rehearsal bintang rtm lagi, mana aku busy nak pindah lagi, mana aku nak buat persiapan perkahwinan lagik. Ayyyooo...

Alhamdulillah.. baru2 nie aku balik kampung kan? Aku balik dengan dear. THANKS dear, sbb teman sayang balik. Tak sangka sangat dear nak ikut balik.. Seronok ahh balik kali nie.. tapi this time a bit berbeza sbb my dad ada kat rumah. Cuak masing2 sbb kalau ikutkan kebiasaan, my dad takkan allow lelaki yg takde relationship datang rumah. Ahakss.. berbeza dengan my mum yg ok jer... kira sporting ah.. ;)

Permohonan kami dah di luluskan. Cuma sekarang tunggu hari dan ketikanya jer lagik. Hehehee.. Aku gi ngan dear kat Pejabat Agama tu. Ahaks.. memula tu ingatkan ayah aku akan ikut, tapi sekali dia sendiri yg ckp.. biar aku gi berdua jer laa.. heheheee.. syiok2.. Boleh tahan penat balik sbb aku ke Kuala Terengganu, sbb gi carik saksi lagik.. pastu survey tempat penginapan utk family dear. Finally everything settle. Alhamdulillah...

Next step...

Well.. ini antara next BIG step ke arah sebuah perkahwinan. Huhuhu.. Today aku akan balik ke kampung dengan tunang aku. Ada a few things nak buat actually... the most important thing is nak hantar borang permohonan kawin. Perkkhh.. kekadang rasa cam tak sangka aku dah boleh sampai ke tahap ini and mmg tak sangka yg aku finally melalui juga fasa ini. Hehehehe... Selain tu, aku nak singgah pasar payang tgk songket. Pastu nak uruskan pasal penginapan pihak lelaki.

Semalam, bergegas aku balik dari tempat kerja ke kedai gambar. Tapi yg buat aku terkejar2 tu sbb aku sibuk angkut barang nak pindah dulu sikit, pastu aku kena gi umah adik aku sbb nak pinjam tudung, hehehee.. then baru boleh ke kedai gambar. Sib baik ada kedai tu yg bukak sampai jam 10 mlm. Huhuhhu.. Pastu terketar2 kepala laks carik baju putih since tunang aku cakap dia amik gambar pakai baju putih. hehehe.. nak samakan laa katakan.. so cantik sikit kad kawin nanti.. hahahahaa.. siot tak? Sib baik ada baju raoul hadiah dari abg zie.. berguna gaks... huhuhuhu....

Masa aku isi borang kawin nie kan? Hehehe.. masa part aku pohon utk berkahwin dengan siapa tu kan.. bila aku tulis nama tunang aku.. aku jadi cam terpikir.. Ya ALLAH.. finally inilah sebenarnya nama bakal suami aku yg aku tertanya2 saperlah agaknya b4 this. Hehehehee.. cam tak sangka laks.. Perkenalan yg dah lama, and penyamaran yg main2.. akhirnya kini hampir menjadi REALITI!!!.. Inilah yg orang ckp jodoh pertemuan di tangan ALLAH kan? Kekadang kiter tak sangka yg kawan kiter kenal sebelum ini adalah bakal menjadi pasangan kiter. Mmg aku tak sangka betul2. Rupanya selama nie, dia dah di depan mata.. tapiiiiii aku tak nampak jer. Syukur pada ALLAH. Aku terima ketentuanMu dengan hati yg terbuka. Amin.

Countdown>>

Arinie.. genap 3 bulan before our BIG day. Pada mulanya aku pun tak perasan.. tapi semalam ahh.. saje tgk calendar.. sekali.. ehhh.. dah genap 3 bulan la. Ini bermakna, aku dah boleh uruskan permohonan perkahwinan kitaorang. Asalnya kitaorang dah nak settlekan awal2.. tapi nak jadi cerita, peraturan kat negeri terengganu kena apply dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan. Ayyoo.. nak tak nak.. kenalah stop dulu.

Tapi semalam, selepas lepak minum kat setapak.. borak2 dalam keter.. finally kitaorang decide nak balik end of this weekend ke kampung aku utk urusan ini. Terkejut aku.. tiba2 laks.. bukan apa, sbb bila masing2 check jadual masing.. hanya minggu depan jer yg both of us FREE.. yg selainnya dah payah nak jumpa yg 2-2 free.

And today, dengan terketar2 kepala gaks.. aku carik balik form kawin, aku pun mula laa sibuk nak isi form, mulalah aku sibuk nak carik surat perakuan bujang laa.. huhuhu.. Dear pun terketar2 kepala gaks nak kena settle form dia dulu. Aku dah apply cuti jumaat & isnin depan, hopefully oklah.. Try gaks carik hari2 lain.. tapii dah takde dah.. masing2 dah busy sehinggalah ke tarikh kitaorang akan kawin nanti.. Huhuhuhu.. nak kawin dah ker aku nie?? Sometimes rasa cam nak cubit2 peha, sbb aku rasa cam mimpikah aku??

i just wanna say that...

I MISS U SO MUCH...
Yealah.. lately asyik gaduh jer.. menyampah tau.. baru2 nie mmg kaw2 gak ahh aku kecik hati. So bila kaw2 kecik hati, mmg aku berdiam diri betul2 ahh.. lama gak ahh merajuk.. tapi sebenar2nya.. i miss him so much.. rasa cam nak peluk2 jer.. huhuhuhu... aritu dear dah macam ok, ajak aku tgk movie n ambik cincin. Tapi aku still dingin..
Semalam kira dah nak ok sikit.. but sib baik dear pandai control keadaan. End-up hati aku yg beku lama nie.. dah cair sikit.. Eeeeeiii.. windunyaaa diaaaaaa... lama wooo tak jumpa.. dah ler aku busy giler sekarang nie... huhuhu... this week aku busy lagi sbb aku terlibat dengan bintang rtm lagik.