Salah siapa?

Hmmm.. camner nak mulakan coretan aku nie? Perasaan bersalah pun ada gak timbul actually... tapi bila aku nak buat cam biasa.. i can't. For me, biarlah begini.. better kot. Kes nie tak melibatkan tunang aku pun.. err yea ker? hmm.. jap.. indirectly ada lah kot terlibat.. tapi kes nie more to seorang kawan nie.

Aku used to be so so closed dengan kawan aku nie sorang, but lately aku menjauhkan diri. Bukan apa, coz for me aku nampak dia nie sebagai lalang. Even both of us, macam rapat and dia tahu segala luahan isi hati aku nie.. tapi dia seakan2.. setakat mendengar.. namun utk membantu takde. Ntahlahhh... takde pengaruh sesiapa pun.. tapi slowly aku merasakan sesuatu yg kurang menyenangkan. Since then, aku menjauhkan diri... plus minus a few insident yg berlaku...

Cerita2 dari dia sentiasa buat aku marah.. especially to my fiance. Fiance aku laks.. baik bebenor dengan dia... mmg rapat. Bila aku luahkan perasaan aku.. aku sentiasa di persalahkan balik. Ntah ahh.. jeles ker? Ntah.. tapi kalau jeles pun rasanya tak salah since dia tunang aku. Bukan kawan aku. Am i rite?

Masing2 mmg busy sekarang.. di tambah dengan aku menjauhkan diri.. so hubungan kitaorang makin renggang.. kekadang ada gaks terpikir tapiii.. takpelahhh.. rasa bersalah tu ada gaks timbul coz for me bukan salah dia sangat kot.. tapi utk mengelak dari aku dari sakit hati.. aku menjauhi diri.. aku malas nak dengar lagi citer2 yg boleh menyakiti hati aku. Wpun actually bagus aku tahu citer2 tu.. tapppiii aku tak tahu nape.. aku rasa better for me utk tidak mengetahui apa yg berlaku di belakang aku. Macam dear selalu ckp, terpulang atas diri masing2...

Dear tak tahu citer nie actually.. dia tak tahu punca sehinggakan dia pun sendiri hairan nape aku dah jarang kuar ngan kawan aku nie. Baru2 nie.. aku dapat info baru laks pasal kawan aku nie sorang. Aku pun jadi cam confuse bila dengar citer tu.. biar benar kawan aku tu camtu? Bertambah perasaan curiga tu menular.. tapi apa2 pun.. aku termenjauhi diri dari dia sbb diri ini bukan dorongan orang lain. Sememangnya dari awal aku menjauhkan diri, dengan niat aku tak nak di sakiti coz aku perasan setiap kali aku jumpa, indirectly hati aku di sakiti dengan cerita2 dia. Biarlah kan? Biarlah ianya menjadi rahsia... tapii nasihat kawan2 aku yg baru berkahwin.. apa jua ketidak puasan.. better luahkan.. jangan di simpan coz akan memakan diri sendiri.. but how?? Nanti gaduh lagik.. Arkhh dugaan nak bertunang nie macam2 betul. Addaaaaa jerrrr yg boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati. Ntahlah.. i really2 dun understand... am i ready??

Speechless

Dah namanya speechless.. tak tahu nak ckp apalah kan? hmm.. ha ahh.. and sebenarnya aku not in a good mood. Tadi aku masih di hujani soklan2 yg menyakitkan hati aku.. uwaaaaaaaaaaa... Ntahlah.. for me bukan hadiah yg mahal yg aku nantikan.. just something sweet and bermakna cukuplah..

sudah suratan...

cam poyo jer kan topik nie.. tapi inilah inilah hakikatnya... sudah suratan.... what ever it is aku kenalah terima.. huhuhuhu... end-up aku kena pujuk hati sendiri.. Manusia tak perfect, begitu jugak aku.. sometimes ok kat sini.. tapi part lain tak ok laks.. so camtulah hakikatnya... what ever it is aku kenalah terima... tapi sakitnya terasa gak ler.. takdelah sakit mana sangat pun.. cuma kecik hati sangat2... tapiiiiii bila cuba di sampaikan, lain pulak jadinya.. hati yg kecik tu bertambah-tambah kecik lagi.. sehinggakan macam dah ilang hati tu... arkkkhh.. tak perlulah aku ceritakan semuanya di sini.. biarlah menjadi simpanan aku jer.. pedih gak ler bila di ingatkan kembali. Biarlahh.. biar aku pendam jer... coz hakikatnya kalau boleh tak mahu aku ingat kembali saat tu.. kata2 itu... terlalu menikam kalbu...

Lagi tertikam bila ramai yg bertanya.. especially mereka2 yg sometimes kekadang seakan merendah2kan.. atau memperkecilkan... ntahlahh.. tak paham gaks.. aku yg tak paham or dear yg tak nak paham...

~My Last Bachelor Bday Celebration~

Huhuhuhu.. lepas nie aku akan celebrate birthday as a wife pada seseorang. Thanks dear semalam ajak kuar.. tappppiiiiii it's a mistake laa dear. I know niat dear nak happy.. tapi dengan kehadiran orang lain semalam.. Mood yg sepatutnya HAPPY bertukar jadi MENDUNG... So, sorry can't help it. Aku betul2 sentap dengan tindakan dear jemput 'seseorang'. I dunno why..

Aku sedih sbb aku sanggup tak gi D'rimba tunggu kehadiran my parent semata2 wpun terharu my daddy siap call aku tanya tido sana tak? Tapi aku tak nak.. aku nak celebrate dengan dear. Dear tahu tak, aku sanggup lagi tak telan ubat selsema lagi sebab aku takut aku akan tertido awal.. tapi end-up?? Kalau betul nak ramai2.. nak happy2.. kenapa tak ajak ramai lagi kawan2?? Huhuhu.. mmg aku sebak giler gaks semalam.. Aku tahu aku tak supposed act macam tu.. tapi aku betul2 frust.. dah ler ini my last birthday celebration sebagai orang bujang b4 aku melangkah ke alam baru sebagai isteri orang... :((

Aku luahkan rasa sedih aku pada mimi tadi.. Dia pun sampai bergenang air mata dengar keluhan hati aku.. katanya dia paham.. dia sedihhhh... huhuhuhu... Ntahlah.. Aku tahu niat baik dear, tapiiiiii.... paling buat aku sentap, aku dah ckp aku tak nak.. tapi dear still insist nak jugak.. kata dear utk happy2 pada birthday aku.. aku SENTAP giler coz dear hanya akan happy bila 'seseorang' tu ada ker?? Birthday siapa nie?? Kenapa mesti selalu ada dia diantara kita??.. sometimes oklah dear but janganlah sampai dah mesti jadi keutamaan??... Ntahlah sedih sangat.. even masa aku tgh taip nie pun.. aku sebak... anyway THANKS dear!!!...
Arrkkhhh.. THIS SHOULD NOT BE HAPPEN actually!!!!...

w.a.n.i.t.a

Layan jap lagu wanita ct nurhaliza. Huhuhhuu... n bila sebut pasal wanita, aku jadi terpikir pengorbanan seorang wanita ni kan. Especially bila contoh terdekat terpampang di depan mata and that day kan.. aku ada terpikir, peranan seorang perempuan ni berbanding dengan seorang lelaki.

Hehehe.. ini pandangan yg terlintas di kepala aku jer laa.. Yealah just imagine, perempuan sekarang terpaksa bekerja utk sama2 membantu suami menyara keluarga... (tapi part nie tgklah kot atas tuah diri masing2) coz certain orang takkan mengalami masalah ni since suami mereka berkemampuan but mostly aku rasa sang isteri sanggup berkorban demi masa depan keluarga dan anak2. Yealah siapa yg tak nak berikan yg terbaik utk keluarga mereka rite?

Next, siapa yg akan menguruskan rumah? Kalau tak sang isteri... betul tak? Tugas siapa nak masak, basuh baju, kemas rumah? Kalau tak sang isteri.. Kalau nak ikutkan isteri nie sama2 bekerja 9 to 5 sama macam sang suami... tapi balik rumah, isteri tak boleh berehat.. banyak lagi kerja2 rumah yg perlu di selesaikan.. tul tak?

Then.. part mengandung, bersalin n jaga anak.. Siapa?? Yeaahh again.. tugas ini mmg sang isteri perlu pikul.. huhuhuhu... Mungkin ada suami yg akan membantu.. syukur sangat if dapat suami yg sanggup sama2 memikul tanggungjawab ini kan? Tapi tulah.. berapa kerat sangatlah kot kan??

Huhuhuhu.. inilah yg terlintas dalam otak aku masa tgh drive that day... ini tak termasuk lagi kekadang isu2 kecik macam kena angkut barang itu ini.. part bertukang ker apa ker.. kekadang sang suami lagi seronok dapat isteri yg dapat berdikari tanpa mereka.. tapi sedar tak mereka pengorbanan seorang isteri nie kan?? Huhuhuuu... really2 hope.. hubby aku nanti ringan tulang dapat membantu aku. Huhuhuhu... Kesian isteri2 nie tau... renung2kanlah... wahai sang suami.... hehehehehe... Tiba2 laks terpikir pasal benda nie.. mentang2lah aku dah nak kawin.. and akan memikul tugas seorang isteri.. huhuuhuhu... berat weiiiii tanggungjwab tu...

::Dugaan Door Gift::

Last Friday, antara hari yg di duga betul rasanya. Dah ler aku dengan nak study sbb nak examnya.. tup2 dear sms tgh mlm jumaat tu ckp nak ambik door gift. Aku mulanya cam keberatan sbbnya aku nak study, but bila fikir aku tak nak di katakan lepas tangan pasal door gift nie sbb yealah ini masalah both of us, so.. aku pun setuju jer tanpa memberitahu apa yg terpendam di hati kat dear.. yealah sbb angin dear dengan aku pun kureng sikit. Ntahlah aku dah ok actually dari kes kecik hati aritu.. tapi dear laks cam nak panjangkan lagi bad mood dia tu.

Ketara nampak masa aku dah sampai kat rumah dear, aku paling tak suka sebenarnya bila dear buat macam aku tak wujud kat rumah tu. Ntahlah mungkin dear dah anggap cam aku a part of his family, so dia buat cam aku dah biasa dengan rumah tu. Tapi aku laks.. still ada rasa segan. Again, kecik hati.. tapiiii telan jer laa.. Since kejadian banyak persoalan that day, so aku pun malas nak tanya banyak dah.. takut salah laku lagi. Tapi terpinga2 gaks ler aku di buatnya sbb tak tahu apa2 plan yg dah di buat pun. Dalam keter, aku utarakan persoalan.. kat mana nak amik nie.. tapi jawapan dear.. kat kedai basikal. Betul2 buat hati ini tersentuh. Aku bukan apa, dalam kepala aku nie.. aku nak gi jumpa my parent. My mum n my dad baru sampai n diaorang mmg tgh menantikan kehadiran aku. Aku bukan tak nak bagitahu.. tapi aku tak nak bila bagitahu, sure dear ckp takpelah.. tak payah.. tapi aku laks rasa tak sedap hati kalau biarkan dear sorang2 bersusah payah pasal door gift tu. Aku bukannya jenis manusia yg pentingkan diri sendiri. End-up aku tak dapat jumpa mak ayah aku malam tu coz perjalanan nak ambil barang rupanya memakan masa dan dugaan yg panjang.

Dugaan bermula bila sampai2 kat tempat kargo, kelihatan pajero cousin dear macam mengalami masalah. Bila di tanya.. tak tahu kenapa.. tiba2 temperature kereta naik. Aduuuhhhh... kena isi air and biarkan enjin sejuk sikit baru boleh gerak. Then lama giler dear amik masa nak settlekan masalah mengeluarkan barang2 tu. Just imagine jam 1 pagi baru boleh keluar. Tapi nak jadi citer, tayar keter dear laks pancit. Try nak ke stesen minyak terdekat.. tak sempat sampai pun, tayar keter dah takleh guna lagi dah.. nak tak nak kena tukar.. dah siap tukar.. kena gi stesen minyak terdekat.. Sampai sana.. settle pam tayar.. again keter pajero kena rehat dulu.. isi air dulu.. huhuhuhu...

Settle kat situ.. terus ke rumah adik ipar aku.. coz dear nak simpan barang2 tu kat sana. Yealah ada 12 kotak and aku laks ambil keputusan terus nak bawak balik since my parent ada kat sini. Settle angkat barang.. dah mintak tlg orang.. kenalah belanja makan laks.. since dear n cousin dia tak makan apa2 pun.. cian laks diaorang.. and end-up aku sampai rumah jam 5 pagi.

Penat, ALLAH jer tahu... dengan aku yg mmg tak sihatnya.. mmglah aku tak angkat sangat barang2 tu.. tapiiii... menunggu pun penat.. n mungkin aku berembun pagi tu kan.. Aku tido jam 5.30 pagi kot.. jam 7.30 pagi aku dah bangun sbb nak gi kota damansara. Aku ke d'rimba... lepak sana.. jumpa mak ayah aku... My mum tak puas hati door gift tu.. katanya kosong jer.. dia nak ada something inside.. arkkhh tgklah camner... tgk budget yea mummy.. huhuhuu...

Selepas di pujuk, my daddy serahkan kunci rumah d'rimba ke tangan aku.. huhuhuhuhu... cayalah!!!!...

Kecik hati

Ambik ko.. semalam aku nangis kaw2 punya... Ntah tiba2 rasa pressure giler.. dengan pressure pasal barang yg di tinggalkan di jakarta lagi. Tapi itu ok lagi.. tapi bila di tambah dengan pressure from my mum laks.. aduuuhhh... sakitnya jiwa.. sedih sangat2.. macam2 alasan my mum.. Ya ALLAH.. sometimes rasanya cam tak tertanggung semua benda yg nak kena face nie. My mum dengan pelbagai masalah yg remeh di besarkan.. Aku jadi pressure.. Kalaulah dekat, aku takkan mintak tlg my mum pun.. aku akan buat sendiri. Aku mang pantang, kalau aku mintak tlg orang, pastu banyak laks pot pet pot petnya.. aku sanggup buat sendiri.. but ini di luar kemampuan aku.. dah tempatnya jauh.. nak tak nak mmg aku kena bergantung harap pada my mum. Aduuhhh... tak tertanggung rasanya. Sama kes macam nak angkat katil aku ke rumah my sis that day... bila dear banyak pulak dia punya pot pet pot petnya.. aku tak sanggup nak dengar.. aku sanggup buat sendiri wpun susah camner sekalipun. Bukan dear tak mau tolong.. tapi bila dear nak angkat cepat2 katil tu.. walhal baru sampai kat rumah adik aku.. dengan my dad is around.. so aku rasa tak manis laa.. i know my dad. Aku bukan sengaja nak melepak ker apa.. tapi sekadar utk mengambil hati my dad. Dear laks cam tak nak paham, nak ikut pandangan n pendapat dia. Mmg betul apa dear ckp, tapi bila melibatkan my dad.. keadaan akan jadi lain. So, aku just nak jaga relationship tu jer.. bukan apa pun. Part nie mmg aku kecik hati dengan dear, sampai aku sangguplah.. malas nak dengar dia duk pot pet pot pet.. aku tekad aku buat sendiri!!!.. Yessss.. and mmg aku berjaya pun wpun mmg susah gak ler part aku nak bukak katil tu sorang2 diri!!!.. Inilah perempuan kan?? Bila aku pikirkan.. perempuan mmg kuat!!!!!

Petang, on the way balik kerja.. dengan penat journey tak ilang lagik.. dengan pressure yg bermain di kepala.. dengan aku tak study lagi weii nak exam sabtu nei... tup2 dear call n suddenly macam nak naik marah benda yg remeh. Dia cakap aku yang suka besarkan benda yg remeh.. sedangkan dia tak perasan pun yg dia pun tika dan saat itu.. membesarkan benda yg remeh temeh. Benda yg kalau dia di tempat aku, pasti dia ckp benda tu benda remeh.. nothing!!! Blur jap aku.. nape mesti nak di persoalkan benda tu.. yup i know dear cuba bagitahu yg dia tak suka benda tu.. but then.. aku jadi tak puas hati sebab benda tu is simple jer.. bukannya benda besar pun.. n mmg dah normal pasangan bercinta macam tu. Lagilah dia dah jadi tunangan aku.. n bakal jadi suami aku lagi.. of course laa aku concern! If not lantak ahhh.. tanyalah pasangan lain... n again dear suka bandingkan dengan his mom. Walau apa pun.. mak dia n diri aku tetap berbeza. Tak sama. Perasaan yg terlibat berbeza.

Sedih tau.. sehingga satu saat tu.. talian phone terputus.. aku menjerit sekuat hati dalam keter tu coz aku dah tahap pressure giler! Please.. i need support sekarang nie.. mmg aku takleh blame dear coz dia tak tahu pun aku tgh pressure tapiiiiii... please dearrrrrrr... please understand perasaan perempuan... Sometimes benda2 yg you all rasa remeh temeh tu penting bagi perempuan... Timing semalam mmg kebetulan silap ahh.. sbb tu aku jadi sedih sangat2 sampai aku nangis.. dah tak tahan ahhh tu kiranya tu... Ntah ahh... Panjang laks umur dear.. tup2 call aku nie.. jap yea... to be continue...

Trip to Jakarta, Bandung :Indonesia:

Alhamdulillah.. trip ke Jakarta berjalan lancar... Wpun ada sedikit 'keributan' hehehee.. tapi kira oklah... Aku & dear pun dah selamat kembali ke tanah air.. alhamdulillah.. syukur pada ALLAH.

Day 1
Reach jakarta dalam jam 10 lebih pagi tak silap aku. Flight we all delayed lebih kurang sejam lebih atas sebab2 yg tak dapat di elakkan. Sesampai jer kat sana.. tak cari hotel tak apa.. we all terus ke Tanah Abang.. pening gak ler indonesia nie ek? 'Macet' bangat!! Mmg tahap kritikal.. sampai sana tak hirau makan minum semua.. terus carik kain utk tempah baju. Pusing2 kat sana sampai jam berapa tak tahu.. Settle tempah baju barulah we all keluar cari tempat penginapan. Rasanya around jam 4 or 5 petang kot. Dapat hotel, baru perut rasa lapar.. cari tempat makan & cari phone kad. Semasa di Tanah Abang tadi we all berkenalan laa dengan Alex & pemandu taksinya.. Mas Pujo.

Selesai makan, call mas pujo suruh datang amik we all utk ke rumah alex, kat sana.. ada kenalan alex yg buat kad jemputan. So around jam 6 ptg, we all ke Cijantung. Giler jauh rasanya.. di tambah dengan jem giler babi bandar jakarta nie. Di rumah alex, kami berbincang pasal kad jemputan.

Day 2

Not too early in the morning.. we all keluar ke rumah alex, coz dear lupa bawak kain utk kot dia satu hal.. pastu nak reconfirm on kandungan kad jemputan satu hal.. before diaorang start printing. Sampai sana.. settle berbincang pasal kad, titi, wife alex dah sediakan makanan utk we all. Oh yea lupa nak citer.. adventure tak adventure, nak ke rumah alex nie kitaorang naik motor.. rumah diaorang nie kecik2 jer.. n melalui jalan2 kecik.. hehehehee.. dapat rasa suasana yg berlainan dan tak terdapat di Malaysia. Hehehehe.. suka!!!...

Selesai makan, alex dan titi bawak kitaorang ke JatiNegara utk mencari door gift. Meronda di JatiNegara.. pusing2.. and aku pun decide utk beli satu door gift nie.. huhuhuhu.. comel jer rasanya. Ahakss.. oklah.. selesai bincang semua.. settlelaaa... Perjanjian termeterai 6hb Sore, kami datang amik tempahan. Sib baik diaorang mampu buat within masa yg di tetapkan. Settle kat sana.. balik ke rumah alex kembali.. jumpa balik abg buat kad tu.. utk reconfirm balik... Settle sana, lepas makan semua.. we all bergegas ke Stesen keretapi Gambir utk ke Bandung. Tapi malangnya kami tak sempat.. train terakhir dah kehabisan tiket.. Nak tak nak, kitaorang terpaksa bermalam di Jakarta lagi.

Day 3
Naik train ke Bandung jam 11.00 pagi. 2 jam perjalanan sampailah kami ke Bandung. Sampai sana, cari hotel... terus keluar ke Pasar Baru. Kat sana we all borong kain utk family utk di pakai pada majlis kami nanti.. Pusing2 sehingga jam 5ptg kot.. Kat sini.. kami berkenalan dengan Andika. Hehehehee.. Tourist Guide laa kononnya.. Dialah yg bertanggungjawab bawak kami ke tempat selebihnya... Lepas hantar barang ke hotel, terus keluar lagi.. this time ke Rumah Mode. Kat sana.. hahahahahhaa.. aku n dear dah rambang mata.. masing2 berpecah cari baju masing2.. grab apa2 yg patut.. then bergegas ke terminal tas.. huhuhuhu.. tak sempat weiii.. kedai tutup.. arkkhhhhh... Sempatlah andika bawak melewati jalan apa ntah.. tapi banyak betul kedai2 lagi.. tappppiiii tak sempat weeeeiiiii.... huhuhuhu...

Day 4
Esok pagi2.. sib baik boleh change tiket train, andika tolong changekan.. n seawal jam 9 pagi.. we all keluar... ke Pasar Baru lagi.. dear nak carik tudung & kain lagik.. aku pun ambil kesempatan beli kain utk akad nikah laks.. kat sana sampai jam 12.. bergegas ke terminal tas lagi & apa ntah lagi. Jam 2 ptg.. Train we all ke jakarta.
Sampai jakarta, cari hotel.. terus kami ke rumah alex lagi.. utk fitting baju.. oklah alhamdulillah.. baju pun siap.. Lewat malam baru balik ke rumah...

Day 5
Early morning, Pujo bawak we all ke airport.. settlekan pasal extra bagasi.. huhuhu yealah kain jer dah berapa kilo tauuu.. gilerrrrr bannnyaaakkk... settle kat sana.. we all ambil kesempatan gi Mangga Dua.. dear nak carik handbag utk mummy & adik dia. Aku intai2 gaks tapi tak berkenan.. tak maulahhh.. huhuhuhuhu...

Tak banyak masa yg ada.. jam 3 kena ada kat JatiNegara nak pick up barang door gift. Janji ngan alex terus jumpa kat sana coz alex dah tolong sewakan kenderaan utk mengangkut barang2. Huhuhuhu.. tergamam sekejap coz 14 kotak besar tersedia utk kitaorang. Aduh!! terus tiba2 pening kepala.. camner nak bawak balik nie.. terus dear plan utk ke Airport.. cari tempat kargo utk hantar barang. Sampai sana.. ribut laks denga calur2 kat sana.. end-up fed up dengan diaorang, kawan alex cadangkan bawak balik jer dulu. So nak tak nak.. kad kawin & door gift, alex akan bantu kami utk hantar ke Malaysia. Semoga semuanya selamat sampai. Amin...

Perjalanan balik dari airport ke cijantung benar2 menguji kesabaran. Tahap jem giler babi yg tak pernah aku alami di Malaysia.. end-up jam 12 mlm baru kitaorang sampai kat rumah alex balik. Kesian tul aku kat alex & kawan2 dia.. Dengan barang2 yg berat giler tu.. Dear mmg dah nampak risau giler.. muka tension giler.. aku pun tension gaks tapi aku cuba coolkan diri.. n coolkan dear.. settlekan semua apa yg patut.. end-up hampir jam 2 pagi baru pulang ke hotel.

Day 6
Kejap jer tido.. jam 5 pagi dah bangun. Packing barang.. jam 6 pagi dah kuar dari hotel menuju ke airport. Flight we all jam 8 pagi. Sedih fikirkan terpaksa tinggalkan barang2 kat sini.. termasuklah baju raya aku.. hehehehe.. alex yg akan tlg jahit.. n akan poskan pada aku nanti. So inilah sedikit sebanyak rentetan aku di Jakarta. Tak sempat melawat tempat2 mereka coz masa tak mengizinkan. Anyway.. adventure tul.. dari beca, bajai, angkutan & taksi kitaorang redah naik.. hehehehee... semuanya merasa.. insyaALLAH ada rezeki lagi, aku nak datang lagi.. but this time betul2 nak holiday.. bukannya rushing kejar masa macam nie... Thanks Dear!! Thank you so much....